Rabu, 1 Jun 2016

Resepi Ferrero Rocher Choc Chic

Assalamualaikum......


Menjelang bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi, tentu ramai yang mula memikirkan resepi-resepi biskut untuk perancangan awal bagi penyediaan bahan-bahan yang hendak dibeli.So, saya kongsikan 1 resepi speciaol untuk anda semua.


Di sini saya nak kongsikan cara-cara nak buat biskut Ferrero Rocher Choc Chic.

Bahan-bahan :

250 Gram - Butter (suhu bilik)
150 Gram - Gula Caster
1 Biji - Kuning Telur Ayam
30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
100 Gram - Tepung Jagung
300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top
250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan)
1 Biji - Putih Telur Ayam

Langkah-Langkah Cara Buat Ferrero Rocher Choc Chic:

  1. Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan di atas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letakkan bebola chocolate ke dalam mangkuk kertas.



Tiada ulasan: