Produk


Apabila hampir tiba bulan Ramadhan Al-Mubarak dan menghampiri Hari Raya Aidilfitri ramai yang mula memikirkan resepi-resepi ciptaan sendiri atau resepi turun-temurun malah ada yang mula berkira-kira mahu mencari di mana sambil menumpukan amal ibadah. Meskipun saat ini sudah ramai orang yang menjual di kedai-kedai, biskut buatan sendiri tentu punya citarasa yang lebih istimewa dengan sentuhan tangan berbanding kemudahan mesin dan alat teknologi tinggi yang lain. Namun tidak semua orang mampu membuat sendiri mungkin dengan kesibukan harian dan tidak tahu cara membuatnya. Apa makna hari raya tanpa biskut raya....menjadi lumrah turun temurun seboleh-bolehnya kita akan sediakan untuk tetamu-tetamu yang datang dan bawa balik ke kampung halaman untuk mak ayah dan saudara mara.  

Maka syarikat kami mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan anda semua di luar sana dengan menyediakan, membekal dan mengedar pelbagai jenis biskut dengan sentuhan "homemade" dan olahan resepi terkini. Kami menggunakan bahan-bahan segar dan buttercup serta tepung yang berkualiti tinggi bagi menyediakan biskut yang rangup, sedap, dan mantap.

Kami menyediakan dan menjual biskut yang rasanya mewah, isi yang padat dan rangup cair dalam mulut bila di makan tentu rasa mahu lagi. 

Antara biskut-biskut yang sentiasa mendapat permintaan tinggi seperti 








    

Tiada ulasan: