Jumaat, 10 Jun 2016

Cara -cara membuat Resepi Pineapple Tart




Assalamulaikum dan selamat pagi...

Alhamdullilah syukur masih bernafas di bumi Allah ini dan masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadat kita pada bulan mulia bulan penuh keberkatan ini.

Di sini saya mengambil kesempatan berkongsi sedikit resipi popular yang kebanyakan kita di luar sana menggemarinya iaitu biskut tart nenas.  

Biskut Tart Nenas

bahan-bahan:

Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus 

Cara Membuat:

Masak nenas yang telah diparut bersama gula

Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering

Cara-cara untuk hiasan:

Kacau sebati kuning telur , air dan pewarna kuning

Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:


  1. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda*). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga  menjadi doh yang lembut. Biarkan seketika.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
  5. Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper atau disapu dengan butter.
  6. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan.
  7. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan biskut dan bakar selama 20 - 25 minit.   

Selepas siap boleh lah dihidangkan kepada para tetamu atau ahli keluarga...

Selamat Mencuba :)


Tiada ulasan: