Selasa, 1 November 2016

Resepi Biskut Choc Chip Ranggup


Assalamua'laikum dan Selamat Petang...

       Bersua kembali kita pada petang yang dingin ini dengan tiupan angin kencang yang mendamaikan sambil melihat keindahan ciptaan-NYA...sambil makan biskut ranggup di tangan:)

               Kali ini jom kita intai-intai cara untuk  buat biskut yang paling best semestinya semua orang suka terutama kanak-kanak iaitu Biskut Choc Chip. Apabila digigit cair dalam mulut pasti nak lagi tidak puas makan..:)




Bahan-bahannya:
1 cawan butter
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 s/t baking soda
1 cawan coklat chips
1 cawan kacang pecan atau walnut
1 cawan badam cincang

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C

2. Pukul mentega pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan kepada kelajuan rendah.Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.

3. Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Masukkan coklat chip, badam dan kacang ke dalam adunan tepung tadi.

4. Masukkan adunan kering tadi ke dalam butter tadi dan gaulkan (guna spatula or senduk kayu tadi pun boleh) sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut.

5. Bulat-bulatkan adunan dengan ais krim scoop atau sudu teh dan aturkan diatas dulang pembakar. Pastikan jarak antara 2 biskut tidak begitu rapat kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.

6. Bakar pada suhu 175C selama 12-15 minit mengikut jenis oven masing-masing.

7. Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Choc Chip ini memang mudah dibuat. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Anda boleh gantikan badam dengan pelbagai jenis kekacang yang lain mengikut kegemaran anda. Gula juga boleh dikurangkan jika anda tidak suka biskut yang terlalu manis. Manakala jika anda gunakan mentega yang jenis (unsalted) anda boleh tambahkan sedikit garam ke dalam adunan.

Selamat Mencuba :)

Tiada ulasan: