Jumaat, 11 November 2016

Makaroni Bakar


      Anda jemu dengan makanan yang biasa anda nikmati sehari-hari? Makan nasi dan hidangan sampingan semata-mata mungkin membosankan. Jom sekali sekala ubah menu baru yang agak berlainan dan istimewa, iaitu Makaroni Bakar:) yang mempunyai tekstur yang lembut supaya mudah dinikmati sesuai untuk semua peringkat umur. 

     Anda boleh mencipta cara anda sendiri untuk mengolah kepada bahan-bahan tambahan lain kegemaran keluarga untuk nimati bersama keluarga tercinta. 




Bahan A:

1/2 paket makaroni (Direbus hingga lembut)

1 sudu minyak jagung

125 gram keju Cheddar (Diparut)

5 biji telur

1 cawan susu segar

50 gram daun parsli (Dicincang)

Bahan B (Sos Putih)

1 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan tepung gandum

1/2 cawan susu segar


Bahan C (Untuk Inti)

300 gram daging kisar

10 biji cendawan butang (Dipotong kecil)

1 ulas bawang putih (Dicincang halus)

1 labu bawang besar

3 biji tomato

1 biji capsicum merah, hijau dan kuning
(Dipotong dadu)

1 sudu makan minyak jagung

1 sudu teh serbuk lada sulah

Garam secukup rasa


Cara  Membuat  Inti

1. Panaskan  minyak  jagung, kemudian tumis  bawang  besar  dan  bawang  putih.

2. Masukkan  daging  kisar, cendawan  butang,
    tomato,  garam dan  serbuk  lada  sulah. Kacau  rata.

3. Masukkan  capsicum  merah,  capsicum hijau  dan  capsicum  kuning.  Kacau rata dan  ketepikan.



Cara  Membuat  Sos  Putih

1. Panaskan  minyak  jagung  di  dalam  kuali  lain  dan  masukkan
   tepung  gandum.  Kacau  rata.

2. Masukkan  susu,  kacau  sehingga  sebati  dan  ketepikan.



Cara  Membuat  Makaroni  Bakar

1.  Sapukan  minyak  jagung  di  dalam  mangkuk  tahan  panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.

2. Tuangkan  sos  putih  ke  dalam  mangkuk  yang  berisi  makaroni dan  inti.

3. Kacau  rata  telur  dan  susu  segar.  Masukkan  ke  dalam  mangkuk
 yang  berisi  makaroni  dan taburkan keju  Cheddar  dan  daun parsli.

4. Bakar di dalam oven yang sudah  dipanaskan  pada suhu  180'C selama  30  minit  atau pun  sehingga  keju keperangan.

5. Sedia dihidangkan.


Selamat Mencuba:)





Tiada ulasan: