Selasa, 15 November 2016

RESEPI TART EPAL HIJAU PADAT

Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan? Tat Epal Hijau merupakan biskut tart tetapi isi jemnya hijau iaitu buah epal hijau sebagai inti. Isi intinya yang padat serta rasa masam manis menambah selera tentu rasa nak lagi nak lagi...




Bahan-Bahan:

250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa titis pewarna hijau
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam
1 biji kuning telur (untuk disapu di atas)

Bahan Inti

5 biji epal hijau (buang kulit dan diparut)
½ cawan gula pasir

Cara Membuat Inti

Untuk membuat inti epal hijau, masak epal hijau dan gula pasir hingga kering.

Cara-cara menyediakannya:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau uli hingga menjadi doh lembut.
3. Letakkan doh di dalam acuan nastar dan paipkan memanjang.
4. Isikan inti jam yang telah disukat dan gulungkan.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25 minit pada suhu 150°C.
6. Apabila sejuk, paipkan coklat putih di atasnya dan taburkan coklat urai warna-warni.

Bahan-bahan hiasan 

Sedikit coklat putih
1 botol kecil coklat urai warna-warni

Cara-caranya:

1) Cairkan coklat putih mengunakan TEKNIK double boiler.
2) Masukkan dalam piping bag dan bole zigzag kan di atas tat epal sebagai hiasan.
3) Taburkan sedikit coklat urai warna-warni tadi ke ats biskut yang telah siap dipaipkan dengan coklat putih

RAHSIA supaya Tart Gulung Epal Hijau tahan lama;

1) Masukkan epal dan gula dlm kuali/periuk, panaskan dan biar medidih dengan API perlahan.
2) Gaul rata dan sebatikan, kacau inti dengan kerap sehingga betul-betul kering.
3) Angkat inti dan sejukkan sebelum diguna.(PASTIKAN BETUL-BETUL SEJUK BAGI MENGELAKKAN BISKUT DARI BERKULAT)
4) Ambil sedikit inti, kepal-kepalkan menjadi bulat-bulat kecil sebesar biji kurma, ini untuk menyenangkan supaya tangan tidak melekit dan boleh trus diletak di atas doh.

Selamat Mencuba:)


Tiada ulasan: