Jumaat, 28 Oktober 2016

Resepi Bangkit Cheese






       Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional nenek moyang kita suatu ketika dahulu yang diperbuat daripada tepung gandum  dan tepung sagu. Siapa tidak kenal tidak pernah makan dengan biskut bangkit ini..  Untuk resepi kali ini, kita cuba dengan mengolahnya menjadi kuih bangkit moden, iaitu dengan mencampurkannya dengan parutan keju cheddar. 
             
     Seimbang rasa antara manis dan lemak masin. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Selamat mencuba...

BISKUT BANGKIT CHEESE

Bahan-Bahan:-
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sangai 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- diletak dalam adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang dan sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan tepung ubi yang disangai tadi dan parutan keju cheddar, gaul sebati.

4. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekit pada tangan.

5. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

6. Bakar 160C 15 -20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Tiada ulasan: