Rabu, 29 Jun 2016

Resepi Shortbread Chocolate Marble Cookies

Resepi Shortbread Chocolate Marble Cookies



Assalamualaikum...

Setelah hampir beberapa hari kita menjalankan ibadat puasa, maka tibalah Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tidak sampai seminggu lagi, macam mana persiapan semua? Bagi yang teringin nak mencuba membuat biskut raya sendiri apa kata cuba resepi ringkas ini : )

Saya kongsikan resepi biskut coklat marble

Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )

Bahan (untuk adunan biskut)

150g tepung gandum
50g gula kastor
50g serbuk badam
125g butter
50g susu tepung

Bahan (untuk hiasan)

200g coklat masakan
1 camca teh shortening
75g white cooking chocolate


Cara-cara membuatnya : 

Gaul kesemua bahan untuk doh biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).

Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan-tekan supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul-betul sejuk.

Cairkan coklat masakan secara double-boiler, apabila coklat cair masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.

Cairkan coklat putih secara double-boiler, masukkan ke dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat masakan tadi.

Apabila siap, ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi untuk dijadikan corak batik.

Kemudian masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan-lahan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing-asingkan shortbread tadi sebelum disimpan di tempat yang elok. 

Jumaat, 10 Jun 2016

Cara -cara membuat Resepi Pineapple Tart




Assalamulaikum dan selamat pagi...

Alhamdullilah syukur masih bernafas di bumi Allah ini dan masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadat kita pada bulan mulia bulan penuh keberkatan ini.

Di sini saya mengambil kesempatan berkongsi sedikit resipi popular yang kebanyakan kita di luar sana menggemarinya iaitu biskut tart nenas.  

Biskut Tart Nenas

bahan-bahan:

Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus 

Cara Membuat:

Masak nenas yang telah diparut bersama gula

Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering

Cara-cara untuk hiasan:

Kacau sebati kuning telur , air dan pewarna kuning

Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:


  1. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda*). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga  menjadi doh yang lembut. Biarkan seketika.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
  5. Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper atau disapu dengan butter.
  6. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan.
  7. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan biskut dan bakar selama 20 - 25 minit.   

Selepas siap boleh lah dihidangkan kepada para tetamu atau ahli keluarga...

Selamat Mencuba :)


Khamis, 9 Jun 2016

Strawberry Banana Smoothie Recipe







Assalamualaikum semua...bersua kembali di pagi bulan Ramadhan yang ke-4 untuk hari ini.Sedar tidak sedar dah masuk hari keempat kita berpuasa.

Hari ini saya nak share resepi ringkas pada bulan Ramadhan bagi wanita-wanita bekerjaya yang sibuk memanjang mahupun yang berada di rumah sibuk melayan kerenah anak-anak teringin nak memasak ringkas dan ala kadar bolehlah try air moist shake ini...


(Bahan-bahan untuk 3-4 org)

2 biji pisang montel (atau pisang lain
500ml susu segar perisa strawberry
3 biji strawberry
1 cawan yougurt

Cara membuatnya

Blend kesemua bahan-bahan di atas.

Tambahkan ais jika suka ketika blend.

Tuangkan ke dalam gelas. 

Sedia  untuk dihidangkan. 

Jumaat, 3 Jun 2016

Resepi Sweet Sour Banana Cake


Assalamualaikum.....

Selepas melepaskan penat memasak untuk lunch, jom try resepi mudah dan sedap ini untuk makan petang pulak....

Kudapan paling simple...mudah dan mewah untuk suami dan anak-anak tersayang....

Di sini saya kongsikan resepi Sweet Sour Banana Cake,

Bahan-bahan: 

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh aisin vanila
1 @ 1/2 cawan gula halus
2 sudu besar mentega
Telur 4 biji
6 biji oren (diperah ambil jusnya)
Pisang berangan 4 biji (dilecek)

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder juga diayak semuanya.
  2. Kisar 4 biji telur, 2 sudu besar mentega dan 1 1/2 cawan gula.
  3. Lecek 4 biji pisang dan perah 6 biji oren (ikut kesukaan berapa biji) dan ambil jusnya.
  4. Masukkan aisin vanila ke dalam ayakan tepung dan campurkan dengan hasil kisar tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah diayak dan sebatikan dengan perahan jus tadi.
  6. Kukus kek selama 45 minit/1 jam 10 minit mengikut kesesuaian.





Rabu, 1 Jun 2016

Resepi Ferrero Rocher Choc Chic

Assalamualaikum......


Menjelang bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi, tentu ramai yang mula memikirkan resepi-resepi biskut untuk perancangan awal bagi penyediaan bahan-bahan yang hendak dibeli.So, saya kongsikan 1 resepi speciaol untuk anda semua.


Di sini saya nak kongsikan cara-cara nak buat biskut Ferrero Rocher Choc Chic.

Bahan-bahan :

250 Gram - Butter (suhu bilik)
150 Gram - Gula Caster
1 Biji - Kuning Telur Ayam
30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
100 Gram - Tepung Jagung
300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top
250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan)
1 Biji - Putih Telur Ayam

Langkah-Langkah Cara Buat Ferrero Rocher Choc Chic:

  1. Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan di atas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letakkan bebola chocolate ke dalam mangkuk kertas.