Rabu, 16 November 2016

RESEPI RINGKAS BISKUT TART EPAL HIJAU


       Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan?Tat Epal Hijau merupakan biskut tart tetapi isi jemnya hijau iaitu buah epal hijau sebagai inti.Isi intinya yang padat serta rasa masam manis menambah selera tentu rasa nak lagi nak lagi...



Bahan-Bahan:
250 gm mentega 
50 gm gula halus 
480 gm tepung gandum 
1 biji telur 
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa titis pewarna hijau  
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam 
1 biji kuning telur (untuk disapu di atas) 

Bahan Inti
5 biji epal hijau (buang kulit dan diparut)  
½ cawan gula pasir

Cara Membuat Inti
Untuk membuat inti epal hijau, masak epal hijau dan gula pasir hingga kering. 

Cara-cara menyediakannya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. 
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau uli hingga menjadi doh lembut. 
3. Letakkan doh di dalam acuan nastar dan paipkan memanjang.
4. Isikan inti jam yang telah disukat dan gulungkan.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25 minit pada suhu 150°C.
6. Apabila sejuk, paipkan coklat putih di atasnya dan taburkan coklat urai warna-warni.

Bahan-bahan hiasan 
Sedikit coklat putih
1 botol kecil coklat urai warna-warni

Cara-caranya:
1) Cairkan coklat putih mengunakan TEKNIK double boiler.
2) Masukkan dalam piping bag dan bole zigzag kan di atas tat epal sebagai hiasan.
3) Taburkan sedikit coklat urai warna-warni tadi ke ats biskut yang telah siap dipaipkan dengan coklat putih

RAHSIA supaya Tart Gulung Epal Hijau tahan lama;

1) Masukkan epal dan gula dlm kuali/periuk, panaskan dan biar medidih dengan API perlahan.
2) Gaul rata dan sebatikan, kacau inti dengan kerap sehingga betul-betul kering.
3)Angkat inti dan sejukkan sebelum diguna.(PASTIKAN BETUL-BETUL SEJUK BAGI      MENGELAKKAN BISKUT DARI BERKULAT)
4) Ambil sedikit inti, kepal-kepalkan menjadi bulat-bulat kecil sebesar biji kurma, ini untuk    menyenangkan supaya tangan tidak melekit dan boleh trus diletak di atas doh.

Selasa, 15 November 2016

RESEPI TART EPAL HIJAU PADAT

Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan? Tat Epal Hijau merupakan biskut tart tetapi isi jemnya hijau iaitu buah epal hijau sebagai inti. Isi intinya yang padat serta rasa masam manis menambah selera tentu rasa nak lagi nak lagi...




Bahan-Bahan:

250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa titis pewarna hijau
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam
1 biji kuning telur (untuk disapu di atas)

Bahan Inti

5 biji epal hijau (buang kulit dan diparut)
½ cawan gula pasir

Cara Membuat Inti

Untuk membuat inti epal hijau, masak epal hijau dan gula pasir hingga kering.

Cara-cara menyediakannya:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau uli hingga menjadi doh lembut.
3. Letakkan doh di dalam acuan nastar dan paipkan memanjang.
4. Isikan inti jam yang telah disukat dan gulungkan.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25 minit pada suhu 150°C.
6. Apabila sejuk, paipkan coklat putih di atasnya dan taburkan coklat urai warna-warni.

Bahan-bahan hiasan 

Sedikit coklat putih
1 botol kecil coklat urai warna-warni

Cara-caranya:

1) Cairkan coklat putih mengunakan TEKNIK double boiler.
2) Masukkan dalam piping bag dan bole zigzag kan di atas tat epal sebagai hiasan.
3) Taburkan sedikit coklat urai warna-warni tadi ke ats biskut yang telah siap dipaipkan dengan coklat putih

RAHSIA supaya Tart Gulung Epal Hijau tahan lama;

1) Masukkan epal dan gula dlm kuali/periuk, panaskan dan biar medidih dengan API perlahan.
2) Gaul rata dan sebatikan, kacau inti dengan kerap sehingga betul-betul kering.
3) Angkat inti dan sejukkan sebelum diguna.(PASTIKAN BETUL-BETUL SEJUK BAGI MENGELAKKAN BISKUT DARI BERKULAT)
4) Ambil sedikit inti, kepal-kepalkan menjadi bulat-bulat kecil sebesar biji kurma, ini untuk menyenangkan supaya tangan tidak melekit dan boleh trus diletak di atas doh.

Selamat Mencuba:)


Sabtu, 12 November 2016



Anda teringin nak makan dan tercari-cari pelbagai pilihan "Homemade" biskut?

Jika sesiapa teringin atau mengidam nak makan biskut walaupun bukan Hari Raya, ingin adakan majlis rasmi, majlis keramaian dan sebagainya boleh buat tempahan dengan kami, masturacookies:)

Pelbagai pilihan "Homemade" biskut yang tentunya sedap, ranggup dan murah malah HALAL bahan-bahannya. Diadun dengan bahan-bahan berkualiti malah menggunakan mentega berkualiti dan tepung cookies berkualiti.

Untuk Info Sila layari:

https://www.facebook.com/QaisarraStyle/
masturaresources.wixsite.com/qaisarrastyle
qaisarrastyle.blogspot.my
https://www.facebook.com/masturacookies/


Terim kasih


Jumaat, 11 November 2016

Makaroni Bakar


      Anda jemu dengan makanan yang biasa anda nikmati sehari-hari? Makan nasi dan hidangan sampingan semata-mata mungkin membosankan. Jom sekali sekala ubah menu baru yang agak berlainan dan istimewa, iaitu Makaroni Bakar:) yang mempunyai tekstur yang lembut supaya mudah dinikmati sesuai untuk semua peringkat umur. 

     Anda boleh mencipta cara anda sendiri untuk mengolah kepada bahan-bahan tambahan lain kegemaran keluarga untuk nimati bersama keluarga tercinta. 




Bahan A:

1/2 paket makaroni (Direbus hingga lembut)

1 sudu minyak jagung

125 gram keju Cheddar (Diparut)

5 biji telur

1 cawan susu segar

50 gram daun parsli (Dicincang)

Bahan B (Sos Putih)

1 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan tepung gandum

1/2 cawan susu segar


Bahan C (Untuk Inti)

300 gram daging kisar

10 biji cendawan butang (Dipotong kecil)

1 ulas bawang putih (Dicincang halus)

1 labu bawang besar

3 biji tomato

1 biji capsicum merah, hijau dan kuning
(Dipotong dadu)

1 sudu makan minyak jagung

1 sudu teh serbuk lada sulah

Garam secukup rasa


Cara  Membuat  Inti

1. Panaskan  minyak  jagung, kemudian tumis  bawang  besar  dan  bawang  putih.

2. Masukkan  daging  kisar, cendawan  butang,
    tomato,  garam dan  serbuk  lada  sulah. Kacau  rata.

3. Masukkan  capsicum  merah,  capsicum hijau  dan  capsicum  kuning.  Kacau rata dan  ketepikan.



Cara  Membuat  Sos  Putih

1. Panaskan  minyak  jagung  di  dalam  kuali  lain  dan  masukkan
   tepung  gandum.  Kacau  rata.

2. Masukkan  susu,  kacau  sehingga  sebati  dan  ketepikan.



Cara  Membuat  Makaroni  Bakar

1.  Sapukan  minyak  jagung  di  dalam  mangkuk  tahan  panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.

2. Tuangkan  sos  putih  ke  dalam  mangkuk  yang  berisi  makaroni dan  inti.

3. Kacau  rata  telur  dan  susu  segar.  Masukkan  ke  dalam  mangkuk
 yang  berisi  makaroni  dan taburkan keju  Cheddar  dan  daun parsli.

4. Bakar di dalam oven yang sudah  dipanaskan  pada suhu  180'C selama  30  minit  atau pun  sehingga  keju keperangan.

5. Sedia dihidangkan.


Selamat Mencuba:)





Selasa, 8 November 2016

Resepi Puding Jagung Lapisan Biskut



Pagi-pagi buta ni nak share sedikit resepi yang cukup mudah, simple dan sedap di makan terutamanya pada waktu petang...

Puding jagung berlapis biskut ini adalah resepi paling mudah, cepat dan ringkas serta sodap hingga menjilat jari:)

Jom layan..

Resepi Puding Jagung Lapisan Biskut

Bahan A
1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan marjerin

Bahan B
Biskut keju tawar secukupnya
Buah-buahan koktel di dalam tin

Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga kelihatan pekat.
3. Masukkan marjerin dan kacau lagi sehingga kelihatan berkilat.
4. Sedukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan
5. Susunkan biskut keju tawar di atas adunan puding.
6. Sedukkan lagi adunan puding dan ratakan.
7. Ulangi lapisan sehingga habis.
8. Sejuk dan hiaskan dengan buah-buahan koktel.
9. Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba:)



Selasa, 1 November 2016

Resepi Biskut Choc Chip Ranggup


Assalamua'laikum dan Selamat Petang...

       Bersua kembali kita pada petang yang dingin ini dengan tiupan angin kencang yang mendamaikan sambil melihat keindahan ciptaan-NYA...sambil makan biskut ranggup di tangan:)

               Kali ini jom kita intai-intai cara untuk  buat biskut yang paling best semestinya semua orang suka terutama kanak-kanak iaitu Biskut Choc Chip. Apabila digigit cair dalam mulut pasti nak lagi tidak puas makan..:)




Bahan-bahannya:
1 cawan butter
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 s/t baking soda
1 cawan coklat chips
1 cawan kacang pecan atau walnut
1 cawan badam cincang

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C

2. Pukul mentega pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan kepada kelajuan rendah.Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.

3. Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Masukkan coklat chip, badam dan kacang ke dalam adunan tepung tadi.

4. Masukkan adunan kering tadi ke dalam butter tadi dan gaulkan (guna spatula or senduk kayu tadi pun boleh) sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut.

5. Bulat-bulatkan adunan dengan ais krim scoop atau sudu teh dan aturkan diatas dulang pembakar. Pastikan jarak antara 2 biskut tidak begitu rapat kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.

6. Bakar pada suhu 175C selama 12-15 minit mengikut jenis oven masing-masing.

7. Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Choc Chip ini memang mudah dibuat. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Anda boleh gantikan badam dengan pelbagai jenis kekacang yang lain mengikut kegemaran anda. Gula juga boleh dikurangkan jika anda tidak suka biskut yang terlalu manis. Manakala jika anda gunakan mentega yang jenis (unsalted) anda boleh tambahkan sedikit garam ke dalam adunan.

Selamat Mencuba :)